Wednesday, June 30, 2010

Pulanglah ke tempat asalmu...


Gerhana

Oh! siapakah yang datang bersama malam
Dan memuramkan wajah siang hariku
Oh! engkaukah, aku tak ingin menjemputmu
Biarlah kau hanya berdiri di depan pintu

Kau hancurkan hatiku
Kau musnahkan harapanku
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu

Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu

Gerhana, oh! gerhana
Dalam jiwaku

Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu

Kiniku berlari jauh
Tapi kau masih mencari
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu

Monday, June 28, 2010

Untuk Mak Abah..

Atas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan utk Ana dan adik2...
InsyaAllah akan Ana hargai.. dan tak kan Ana sia2 kan..


Impian Seorang Nelayan

Kembara
Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

Sunday, June 27, 2010

Kerinduan yang tak dapat diungkap..

Bila rindu tu datang.. hanya qasidah ini yang Ana jadikan pengubat rindu.. hati ni kadang2 bagai nak pecah menahan.. tak tau bagaimana nak gambarkan.. banyak mana air mata yang mengalir pun tak dapat nak ubatkan rindu ini.. tak tau la Ana layak ke tak berjumpa.. walaupun hanya dalam mimpi..

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.. kekasih Allah.. segala pujian bagi-Mu ya Allah kerana telah mengutuskan manusia terhebat dalam membimbing umatnya mencari cinta-Mu..


The reason for writing this poem
The writer HAZRAT IMAAM SAALIH SHARA-FUD-DEEN ABU ABDULIAH MUHAMMAD BIN HASAN AL-BUSAIRI R.A had become paralysed. His doctors and physicians gave up all hope of his recovery. Eventually in this state of complete helplessness and despair he composed this poem expressing the grandeur and excellence of Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam. Using this as his sole means of asking Allah Ta'alaa to cure him from his illness. He isolated himself in a quiet place one Thursday night and with complete devotion, concentration and sincerity/ began reciting this poem. While reciting it sleep overcame him. He had a vision of Sayyidina. Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam. He told Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam of his illness whereupon Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam passed his blessed hand over Imam Busairi's body. Through the barakat and blessing of Sayyidina, Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam Allah Ta’alaa granted him complete cure from his paralysis. When he awoke he found a scarf or shawl on his body which he had seen Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam place on his paralysed limbs. This resulted in the poem being named "Qasidah Burdah" (The Poem of the Scarf).

Muncul kembali...


Ni adalah 2nd blog Ana.. yg di'private'kan utk berkurun lama.. selepas dicuci sebersih2nya.. kini dibuka kembali..

Kini blog ini adalah utk berkongsi lagu,melodi,qasidah,puisi kegemaran Ana..

Atau apa2 je yg menggambarkan apa yg terlintas di hati dan fikiran Ana..

Lagu pertama yang Ana ingin kongsikan.. Lirik yang sangat bermakna..


Kiambang
M Nasir

Kiambang
Kau kembang di pinggir kali
Ungu warnamu berseri
Walaupun baumu tak seharum mawar
Namun kau masih tetap menawan

Kiambang
Bayangmu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan
Walaupun hidupmu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan

Nasibmu kiambang di pinggir kali
Sedang kau mekar menghiasi desa
Kemarau panjang pun tiba
Keringlah dikau dalam dahaga